Ahad, 17 April 2011

10 Penyakit Aneh Yang Belum Ditemui Penawarnya

1. Elephantiasis


Lyphaticfiliriasis atau dikenali  dengan nama Elephantiasis dikaitkan dengan tumbesaran atau pembengkakkan melampau otot lengan atau betis. Gigitan nyamuk yang menyuntik larvanya kedalam kulit manusia menjadi punca menularnya penyakit ini keatas lebih 12o juta manusia di mukabumi ini.


2. Pica


Penyakit ini menyebabkan seseorang itu ketagih memakan sesuatu benda yang bukan makanan seperti besi, gam, sabun, getah, kaca dan sebagainya.

3. Sindrom Alice in Wonderland


Seseorang yang mengalami sindrom Alice |In Wonderland akan merasakan sesuatu objek yang kecil kadang-kadang menjadi kecil atau sesuatu objek besar menjadi kecil. Sebagai contoh, mereka akan melihat/ merasa rumah yang mereka tinggal sempit bagaikan rumah anjing peliharaan. Dan kadangkala melihat burung yang berterbangan sebesar dinosaur.

4. Sindrom Mayat Berjalan (Walking Corpse Syndrome)


Pesakit tidak benar-benar berjalan seperti mayat hidup. Tetapi mereka seolah-olah berasa begitu. Mereka merasakan mereka hilang segalanya menyebabkan mereka menaganggap diri mereka sebenarnya mayat. Mereka selalu berkata dapat menghidyu baud aging mereka sendiri dan merasa cacing-cacing bergerak-gerak dalam badan mereka.

5. Penyakit Pontianak


Pesakit penyakit ini tidak meminum darah dan mereka sememangnya bukan Pontianak. Tetapi mereka terpaksa mengelakkan daripada terkena pancaran matahari. Pendedahan mereka kepada matahari boleh menyebabkan serangan saraf dan boleh menjadi semakin teruk

6. Aquagenic Urticaria


Aquagenic Urticaria umumnya dikenali sebagai alergi kepada air. Mereka akan merasa kesakitan yang amat sangat apabila menyentuh air

7. Necrotizing Fascilitis


Penyakit ini sangat menggerunkan. Ia disebabkan oleh bacteria pemakan daging  masuk kedalam kulit dan terus memakan tisu-tisu otot tanpa henti. Kebarangkalian untuk kehilangan anggota badan adalah tinggi.

8. Progeria


Penyakit ini juga dikenali sebagai Hutchinson-Gilford. Penyakit ini terjadi kerana berlakunya kerosakkan genetic menyebabkan jangka hayat seseorang itu berlalu dengan pantas. Pesakit kebiasaannya akan meninggal dunia ketika berusia 13 tahun

9. Sindrom Memecahkan Kepala (Exploding Head Syndrome)



Pesakit penyakit ini akan mendengar letupan, bunyi tembakan, jeritan dan berbagai-bagai bunyi bising lain yang tidak wujud dalam minda mereka. Ia akan berlaku setiap kali 2 atau 3 jam sebelum mereka tertidur. Hal ini boleh menyebabkan pesakit menjadi tekanan perasan, ketakutan melampau dan mungkin boleh menyebabkan pesakit menjadi gila.

10. Sindrom Serigala Jadian (Human Werewolf Syndrome)


Dikenalai juga dengan nama Hypertricosis, sindrom ini menyebabkan pesakit mengalami pertumbuhan bulu badan yang pesat dan tidak normal. Terdapat dua jenis keaadan iaitu bulu meliputi pada kawasan tertentu pada badan atau bulu memenuhi semua permukaan badan pesakit.

2 ulasan :

  1. wah.. sebagian sih ga tergolong penyakit ... hmm.. mungkin penyakit psikologi.. atau kejiwaan..

    BalasPadam