Ahad, 24 April 2011

10 Haiwan Paling Berbahaya


10. Poison Dart Frog
Belakang katak ini mempunyai lendir neurotoxin yang bertujuan untuk katak ini mempertahankan dirinya dari pemangsa.  Setiap ekor katak ini cukup untuk menghasilkan toksin yang mampu membunuh 10 orang manusia.  Katak yang berwarna-warni ini boleh dijumpai di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.



9. Cape Buffalo
Apabila haiwan yang boleh mencapai berat badan seberat 1.5 tan ini marah, mereka akan menggunakan tanduk mereka yang sangat tajam dan kuat.  Mereka yang boleh mencapai ketinggian 1.7 meter dan lebar sepanjang 2.8 meter hanya mempunyai satu sahaja pemangsa, iaitu manusia.  Singa sendiri pun akan mengelakkan diri dari berada di laluan mereka.  Setiap tahun pasti ada laporan tentang haiwan ini menyerang dan membunuh manusia.  Ramai yang percaya bahawa Cape Buffalo membunuh paling banyak manusia berbanding haiwan lain.



8. Polar Bear
Jika anda rasa “bear” ni comel, itulah kesilapan besar pertama anda jika  anda bertembung dengan beruang ini.  Makhluk yang besar ini boleh memotong kepala manusia dengan sekali tamparan dengan menggunakan kakinya. Polar Bear adalah yang paling karnivor dari semua Bears dan akan memakan walrus, paus, rheindeer, dan bahkan  polar bear lain.



7. African Elephant
Gajah Afrika dengan gading yang tajam tidaklah friendly seperti mana ramai orang percaya.  Mereka membunuh 500 orang setahun dengan memijak dan membaling manusia hanya dengan menggunakan belalainya.



6. Salt Water Crocodile
Reptilia yang paling besar ni boleh dijumpai di Utara Australia dan Asia Tenggara. Mereka boleh membesar sehingga 4.8 -- 7 meter panjang, dan berat sehingga 1.6 tan… Besar tu!  Buaya ini menyerang dengan menggigit dan memusingkan badan.  Serangan ini sangat berkesan untuk membunuh mangsanya.  Apabila di dalam air, buaya ini boleh berenang sepantas ikan lumba-lumba.




5. African Lion
Singa Afrika ini boleh mencapai berat sehingga setengah tan.  Dilaporkan singa-singa ini telah membunuh lebih 70 orang setahun di Tanzania.



4. Great White Shark
Jerung yang sangat besar ini boleh dijumpai hampir di semua perairan laut di bumi ini.  Ia boleh membesar sehingga 6 meter dan mencapai berat sehingga 6 tan.  Ia diisytiharkan sebagai ikan pemangsa yang paling besar di dunia.  Mengikut kajian, ikan jerung ni sebenarnya tidak menganggap manusia sebagai mangsa, dan kebanyakkan serangan ikan ini terhadap manusia dipercayai oleh saintis adalah kerana ikan jerung ini cuma bersifat ingin tahu dengan objek yang baru ditemuinya.  Jumlah manusia yang dibunuh oleh anjing lebih ramai daripada orang yang dibunuh oleh Jerung Putih ini.



3. Box Jellyfish
Obor-obor ini mempunyai 60 sesungut sepanjang 15 kaki.  Setiap sesungutnya mempunyai toksin yang cukup untuk membunuh 50 orang manusia.  Mereka boleh dijumpai di Australia, Filipina dan banyak kawasan tropika.  Sejak 1884, sekurang-kurangnya 5,567 kematian dilaporkan akibat serangan obor -- obor ini.


2. Asian Cobra
Walaupun Ular ini tidak mempunyai racun yang paling berbisa, tetapi ular ini membunuh 50,000 manusia setiap tahun!!!!



1. The Mosquito
Haiwan ini bertanggungjawab dengan kematian manusia sebanyak 2 juta orang setahun!!! Dengan menjangkitkan manusia dengan pelbagai penyakit seperti malaria dan demam denggi. Dianggarkan setengah… Ya… Setengah daripada populasi manusia dari zaman nabi Adam a.s sehingga sekarang mati disebabkan nyamuk.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan