Sabtu, 26 Februari 2011

12 Orang Yang Memiliki Bahagian Tubuh 'Paling' Di Dunia!

1. Stephen Taylor - Lidah Terpanjang Di Dunia

Lidah yang lazimnya kita miliki hanya sepanjang 5 hingga 6cm. Mahu tahu rekod lidah terpanjang yang dimiliki manusia di dunia? Ini dia ... Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara Inggeris bernama Stephen Taylor. Dia memiliki lidah sepanjang 9.5cm dari hujung sampai bagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup! Wow ... Stephen mendapatkan gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 silam dan hingga saat ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.



  2. Francisco Domingo Joaquim - Mulut Terbesar Di Dunia

Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan Mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh dikukuhkan menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia. Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho menyertai contest mulut yang terbesar di dunia di Rom Italia. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman soft drink berjaya dimasukkan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun itu. Malah tin itu juga boleh dimasukkan dalam posisi melintang.


3. Mehmet Ozyurek - Hidung Terbesar Di Dunia

Dalam pertandingan “hidung terbesar” di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8cm!! Muncungnya saja mencapai 3.5cm.


  4.Kim Goodman - Mata Terbesar Di Dunia

Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu membuat bola matanya keluar dari rongga mata dengan 12 milimeter (0.47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh. Dia tinggal di Chicago, Illinois. Beliau menyedari bola matanya muncul semasa suatu hari ketika dia menerima pukulan di kepala dengan topeng hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia mampu mengeluarkannya bila-bila masa, dan juga ketika dia menguap.
  

 5. Leonard Traenkenschuh - Bulu Kening Terpanjang Di Dunia

Leonard Traenkenschuh Port Townsend, Washington, mempunyai 3.5inci buli kening (dan masih terus memanjang). "Saya tidak bertujuan untuk menumbuhkannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit transkripsi perubatan. "Ini baru saja terjadi." Leonard, 56. Dia tidak punya janggut dan tidak mempunyai jambang tebal atau berkumis. "Saya hanya punya alis subur," katanya.
  

 6. Badamsinh Juwansinh Gurjar - Misai Terpanjang Di Dunia

Misai selalunya menjadi bahagian penting dalam kehidupan lelaki. Beberapa dari mereka sangat berdedikasi dan bangga dengan misai, mereka akan sangat kecewa jika mereka kehilangannya.
Sesetengah lelaki juga menganggap misai adalah simbol kehormatan dan kejantanan.


  7. Sarwan Singh - Janggut Terpanjang Di Dunia

Rekod dunia, selalu ada dan terdiri dari pelbagai macam. Kali ini rekod dunia janggut terpanjang. Rekod ini dipegang oleh Sarwan Singh. Pada sebuah upacara yang berlangsung di Surrey, Columbia pada (11/11), Singh mengukur panjang janggut yang dimilikinya. Dia menginginkan panjang janggut yang ia miliki boleh memecahkan rekod Guiness Book Of Records. Setelah diukur, janggut Singh memiliki panjang 1.895m.


8. SRadhakant Bajpai - Rambut Cuping Terpanjang

Radhakant Bajpai, 50 tahun, memiliki rambut ditelinga yang mencuat keluar dari telinganya. Guinness Book kemudian mencatatnya setelah mendapat pengesahan dari doktor R.P Gupta.


   9. Chenq Shiquin - Rambut Terpanjang Di Dunia

Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi China memiliki rambut dengan panjangnya mencapai 18 kaki (atau kurang lebih 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai memanjangkan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya dia memiliki salon kecantikan sendiri.


  10. Andre The Giant - Kepala Terbesar Di Dunia

Wrestler yang satu ini begitu luar biasa. Andre The Giant merupakan salah satu pemain dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre memiliki tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2.24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg). Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya tumbuh sangat besar. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.


 11. Greg Valentino - Otot Bisep Terbesar di Dunia

Greg Valentino adalah seorang ahli bina badan yang mempunyai ukuran bicep terbesar di dunia. Dia mula melatih beban sejak usia 14 tahun. Ukuran bicepnya sekarang mencapai 28 inci (70 cm), dan ia dapat melakukan bicep curl seberat 300 lbs (136 kg)!!! Sayangnya untuk mendapatkan bicep sebesar itu, Greg telah menggunakan banyak steroid. Dia mengakui hal tersebut pada kolomnya, "Ramblin Freak, the biggest biceps in the world", di majalah Muscle Development.
  

 12. Leonid Ivanovych Stadnyk - Tapak Tangan Terbesar Di Dunia

Unik, aneh dan menarik adalah julukan lelaki ini. Bagaimana boleh tapak tangannya begitu besar? Sehingga membuat orang disekitar takjub dengan tapak tangannya yang besar.

sumber

Tiada ulasan :

Catat Ulasan